ad
AGENDA

Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah, gesa gencatan senjata

2 Okt 2024, 12:53 AM
Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah, gesa gencatan senjata
Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah, gesa gencatan senjata

NEW YORK, 2 OKT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah, lapor Xinhua.

"Saya mengecam perluasan konflik di Timur Tengah dengan peningkatan demi peningkatan," kata ketua PBB itu dalam kenyataan ringkas.

Guterres menegaskan konflik itu mesti dihentikan dan gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel lewat Isnin mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan "kempen darat yang tertumpu dan terhad" terhadap Hizbullah di selatan Lubnan.

[caption id="attachment_656848" align="aligncenter" width="814"] Serangan udara Israel di pinggir Beirut, Lubnan pada 30 Julai 2024 memusnahkan sebahagian bangunan dan kenderaan. komando kanan Hizbullah Fuad dan jasadnya ditemui bawah runtuhan. Foto AGENSI[/caption]

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan pada Isnin malam bahawa 95 orang terkorban dan 172 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu negara Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar ketika berita tentang tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lubnan mula tersebar.

-- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.