ad
AGENSI

Isteri boleh bawa kes nikah di luar negara ke mahkamah syariah

1 Okt 2024, 9:56 AM
Isteri boleh bawa kes nikah di luar negara ke mahkamah syariah
Isteri boleh bawa kes nikah di luar negara ke mahkamah syariah

KLANG, 1 OKT: Isteri boleh membawa pernikahan di luar negara atau secara sindiket ke mahkamah syariah walaupun suami tidak bersetuju atau enggan melakukannya.

Ketua Hakim Syarie Selangor Dato’ Mohammad Adib Husain berkata ia bagi memastikan hak golongan isteri terus terbela.

“Walaupun suami isteri ini bernikah sindiket di luar negara, perkahwinan tersebut mesti didaftarkan di Malaysia bagi memudahkan urusan.

[caption id="attachment_665879" align="alignleft" width="413"] Ketua Hakim Syarie Selangor Dato’ Mohammad Adib Husain berucap pada Majlis Perasmian Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri ke-6 Zon Klang di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali pada 1 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini kerana pernah ada kes anak hendak berkahwin tetapi ayahnya tidak boleh mewalikannya kerana perkahwinan tidak berdaftar. Oleh itu, isteri boleh bawa kes ke mahkamah walaupun suami tidak mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar kefahaman undang-undang syariah siri 6 di Zon Klang bertempat di Dewan Ahamd Razali di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keengganan mendaftar perkahwinan, beliau memaklumkan antara alasan sering diberikan tidak mengetahui proses pendaftaran di mahkamah syariah.

“Setakat ini, denda dikenakan maksimum RM1,000 namun mereka memberikan alasan tiada pengetahuan atau suami sendiri tidak mahu mendaftarkannya,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.