ad
BERITA UTAMA

Lebih lapan tan sampah dikutip di kawasan kampung, taman sekitar Ampang

1 Okt 2024, 9:10 AM
Lebih lapan tan sampah dikutip di kawasan kampung, taman sekitar Ampang
Lebih lapan tan sampah dikutip di kawasan kampung, taman sekitar Ampang
Lebih lapan tan sampah dikutip di kawasan kampung, taman sekitar Ampang

SHAH ALAM, 1 OKT: Lebih lapan tan sampah dikutip Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Kampung Fajar, Hulu Kelang dan Taman Bukit Indah Fasa 2 baru-baru ini.

MPAJ menerusi kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu 0.21 tan sampah kitar semula diasingkan sempena Hari Pembersihan Sedunia.

“Kedua-dua program diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti agar bertanggungjawab dalam usaha memelihara kebersihan alam sekitar terutama di kawasan kediaman.

“Ia juga bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu untuk menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan,” katanya.

Program turut disertai Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Haddad, Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli dan Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

Selain itu, ia turut disertai penduduk Taman Bukit Indah Fasa 2, sukarelawan Kolej Komuniti Ampang, badan bukan kerajaan Arif Selangor, Syarikat Minconsult Sdn Bhd termasuk Jawatankuasa Penduduk Zon 9.

Program dua hari bermula 28 September itu turut disertai Persatuan Penduduk Kampung Fajar, ahli majlis dan kakitangan MPAJ, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) serta KDEB Waste Management.

[caption id="attachment_665867" align="aligncenter" width="1024"] Penduduk, kakitangan MPAJ serta agensi bergotong-royong sempena Hari Pembersihan Sedunia di kawasan kampung, taman sekitar Ampang pada 28 dan 29 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

[caption id="attachment_665868" align="aligncenter" width="1182"] Peserta bergambar selepas program gotong-royong sempena Hari Pembersihan Sedunia di kawasan kampung, taman sekitar Ampang pada 28 dan 29 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.