SHAH ALAM, 1 OKT: Majlis Talaqqi Kitab Turath Islami membuka tirai hari ini dengan kupasan kitab Ihya’ Ulummudin yang dihadiri lebih 100 peserta di masjid negeri di sini.
Dipimpin tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni pada sesi kuliah duha, beliau menghuraikan setiap pekerjaan adalah ibadah namun perlu dilaksanakan dengan niat yang baik bersama ilmu pengetahuan.
"Sebaik-baik perkerjaan orang soleh adalah yang menyebarkan ilmu. “Maksud ‘Ihya’ menghidupkan, maksud ‘Ulummuddin” ilmu agama yang perlu dihayati.
[caption id="attachment_665830" align="alignleft" width="393"] Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian pada Majlis Talaqi Kitab Ihya' Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 01 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Pekerjaan yang dilakukan para nabi khususnya nabi kita Muhammad SAW pekerjaanya taalim iaitu mengajar, menyebarkan ilmu dan perintah Allah SWT,” katanya.
Program mengupas karya ulama ulung berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai hari ini hingga Khamis. Majlis ilmu itu akan mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.
Program pada 1 Oktober meliputi dua sesi iaitu kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam). Pada 2 dan 3 Oktober pula sesi kuliah Dhuha diadakan mulai 9 hingga 11 pagi.
Majlis ilmu itu anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Pejabat Dato’ Menteri Besar, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.
[caption id="attachment_665831" align="alignright" width="393"] Mohd Fadzil Ramli. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sementara itu, peserta, Mohd Fadzil Ramli, 54, berkata beliau mengikuti majlis kuliah Baba Ismail sejak 2022 kerana mudah memahami penyampaian ulama Pattani itu.
“Usaha baik dilakukan oleh Kerajaan Negeri menganjur program ini beri ruang kepada orang ramai menambah ilmu.
“Pihak masjid juga ada siarkan secara siaran langsung di platform media sosial, ini beri ruang kepada orang ramai khususnya pekerja yang tidak berkepalangan untuk belajar ilmu,” katanya.
[caption id="attachment_665832" align="alignleft" width="393"] Azzeeruf Hamzah. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Bagi Azzeeruf Hamzah, 34, beliau tidak mahu melepaskan peluang menghadiri kuliah itu setelah mendapat makluman mengenai program dari rakannya.
“Program ini bagus untuk anak muda seperti saya untuk mendalami ilmu dengan lebih mendalam. Rasa seronok kerana penyampaian Baba Ismail sangat bersahaja membuatkan saya lebih mudah faham,” kongsinya.
Kerajaan Negeri turut menganjurkan Festival Turath Islami Selangor kali kedua tahun ini pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas. Program itu menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.
Festival itu turut mengadakan Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.
[caption id="attachment_665835" align="aligncenter" width="700"] Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian pada Majlis Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 01 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_665837" align="aligncenter" width="700"] Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Talaqi Kitab Ihya’ Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 01 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]