ad
AGENDA

Anwar seru SPRM teruskan usaha bersih negara daripada rasuah

1 Okt 2024, 3:00 AM
Anwar seru SPRM teruskan usaha bersih negara daripada rasuah

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-57 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.

SPRM menyambut ulang tahun penubuhannya hari ini.

SPRM diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Okt 1967.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.