Oleh Aida Mohamed Nyan
SHAH ALAM, 30 SEPT: Tourism Selangor memanfaatkan sepenuhnya baki tiga bulan menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) dengan melaksanakan pelbagai program promosi di dalam dan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Shah Mohamad memaklumkan, pihaknya menggunakan kesemua platform yang ada sebagai pecutan terakhir bagi menonjolkan lokasi tarikan menarik serata negeri.
[caption id="attachment_600949" align="aligncenter" width="770"] Duta Pelancongan Pusiang Selangor Dulu" Che Puan Juliana Evans (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad (kanan) bergambar bersama bagi mempromosi Tourism Selangor ketika Fiesta Pusing Selangor Dulu Matta Fair di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 2 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
"Promosi dalam negara antaranya kita jemput semua vendor di Selangor untuk sertai Matta Fair. Seterusnya kita ada skuad kembara Pusing Selangor Dulu! di sekolah dan universiti.
"Diperingkat antrabangsa kita sertai Asean Tourism Forum Laos, International Tourism Exchange Berlin, Arabian Travel Market di Dubai dan Sales Mission China" katanya dalam program Hai Selangor terbitan SelangorTV, siang tadi.
Selain siri promosi dalam dan luar negara, Tourism Selangor turut menjalankan promosi menerusi pengiklanan, digital dan media sosial, penganjuran acara pelancongan, jerayawara dan pameran.
Berdasarkan perancangan dan promosi yang dilakukan setakat ini, Azrul yakin Selangor mampu mencapai sasaran lebih lapan juta pelancong tahun depan.
"Tahun lepas kami sasarkan lima juta pelancong tapi kita dapat belih enam juta. Tahun ini kita sasarkan enam juta dan Tahun Melawat Selangor 2025 kita sasarkan lebih lapan juta dan itu satu cabaran.
"Kalau dapat capai, ia satu rekod untuk Tourism Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor dalam sektor pelancongan," katanya.
[caption id="attachment_636149" align="aligncenter" width="811"] Orang ramai berkunjung ke reruai Tourism Selangor sempena pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2024 pada 22 hingga 24 Mac 2024. Foto Tourism Selangor[/caption]
Sebelum ini, pentadbiran negeri menyasarkan lebih lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa mengunjungi Selangor yang menawarkan lebih 60 program sempena TMS2025.
Bagi merancakkan lagi promosi kempen berkenaan, Selangor menganjurkan Karnival Sawah Padi di Sabak Bernam yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sukan air pada November ini.
Bermula 1 Januari, TMS2025 akan dilancarkan bersekali dengan sambutan ambang tahun baharu pada malam 31 Disember ini dan disempurnakan Dato’ Menteri Besar.
[caption id="attachment_661772" align="aligncenter" width="736"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat paparan iklan bersama EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim selepas pelancaran iklan panel belakang Bas Smart Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 11 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]