ad
AGENDA

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,384 orang takat 4 petang ini

30 Sep 2024, 9:20 AM
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,384 orang takat 4 petang ini

ALOR SETAR, 30 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,384 orang daripada 444 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 1,359 orang daripada 436 keluarga pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Kubang Pasu ditutup, menjadikan 10 PPS masih beroperasi setakat ini.

Daerah Pokok Sena masih mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 737 orang daripada 233 keluarga ditempatkan di PPS Surau Desa Keda Derang, Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau Mukim Derang dan Masjid Kampung Baru Jalan Lampam.

Di Kota Setar, 411 orang daripada 129 keluarga berlindung di PPS SK Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas dan SMK Alor Merah.

Seramai 236 orang daripada 82 keluarga di Kubang Pasu masih berada di PPS Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 4 petang, beberapa sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu merekodkan 9.17 meter melebihi paras bahaya 9.14 meter dan Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu mencatat 4.15 meter melebihi paras bahaya 3.8 meter.

Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar (3.14 meter, paras bahaya 2.6 meter), Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar (1.78 meter, paras bahaya 1.7 meter) dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang (6.59 meter, paras bahaya 6.3 meter).

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.