ad
AGENDA

Wolfsburg minat sambar Qaseh Rania, bantu selesaikan urusan permit

30 Sep 2024, 8:09 AM
Wolfsburg minat sambar Qaseh Rania, bantu selesaikan urusan permit
Wolfsburg minat sambar Qaseh Rania, bantu selesaikan urusan permit
Wolfsburg minat sambar Qaseh Rania, bantu selesaikan urusan permit

SHAH ALAM, 30 SEPT: Kelab bola sepak VFL Wolfsburg berminat mendapatkan khidmat Qaseh Rania Khairul Najib untuk beraksi bersama pasukan belia gergasi Eropah itu.

Bapa kepada pemain termuda Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkongsi kelab itu akan membantu menyelesaikan urusan permit Qaseh Rania.

“VFL Wolfsburg sangat berpuas hati dengan prestasi Rania selama enam minggu jalani latihan di Jerman. Kisahnya sebagai pemain bola sepak turut disiarkan di laman sesawang rasmi kelab dengan tajuk 'The Soccer Girl From Malaysia'.

“Permit untuk membolehkan Rania beraksi dalam perlawanan kompetitif namun tempoh dokumentasi agak lama kerana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) perlu menilai ranking Harimau Malaya,” kata Khairul Najib Ibrahim ketika dihubungi.

[caption id="attachment_665691" align="aligncenter" width="813"] Pemain termuda Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Qaseh Rania Khairul Najib (belakang, tiga dari kanan) bergambar bersama pemain remaja bawah 15 VFL Wolfsburg sebelum kejohanan di Aurich, Jerman baru-baru ini. Foto berkenaan dimuat naik di laman sesawang VFL Wolfsburg pada 9 September 2024[/caption]

Dalam perkembangan lain, Khairul memaklumkan anaknya mendapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan bawah 17 tahun (B-17) bagi persiapan perlawanan antarabangsa di Jordan.

“Selepas pulang dari Jerman, Rania dapat panggilan dan mula berlatih pada 27 September lepas.

“Insya-Allah esok akan berlepas ke Jordan bagi menghadapi saingan perlawanan persahabatan menentang tuan rumah dan Palestin,” katanya.

[caption id="attachment_665692" align="aligncenter" width="806"] Pemain termuda Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Qaseh Rania Khairul Najib bergambar di pintu masuk pusat latihan VFL Wolfsburg ketika menjalani latihan bersama pasukan belia gergasi Eropah itu di Jerman baru-baru ini. Foto berkenaan dimuat naik di laman sesawang VFL Wolfsburg pada 9 September 2024[/caption]

Pemain posisi penyerang tengah itu pernah meraih anugerah Pemain Muda Terbaik bagi saingan Liga Super Wanita FAS 2023 ketika beraksi bersama pasukan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) FC.

Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membantu membangunkan bakat Qaseh Rania sejak 2020 termasuk menaja kos RM15,000 ketika mengikuti program latihan bersama kelab NK Osijek (Liga 1 Croatia) pada 2022.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.