ad
AGENDA

Program kupas kitab di masjid negeri, mulai esok hingga Khamis

30 Sep 2024, 1:00 AM
Program kupas kitab di masjid negeri, mulai esok hingga Khamis
Program kupas kitab di masjid negeri, mulai esok hingga Khamis
Program kupas kitab di masjid negeri, mulai esok hingga Khamis

SHAH ALAM, 30 SEPT: Siri program Talaqqi Kitab Turath Islami bagi mengupas karya ulama ulung berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai esok hingga Khamis.

Menampilkan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni, program kesinambungan Festival Turath Islami Selangor yang dianjur pada Mei dan Jun lalu akan mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.

Program pada 1 Oktober meliputi dua sesi iaitu kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam). Pada 2 dan 3 Oktober pula sesi kuliah Dhuha diadakan mulai 9 hingga 11 pagi.

Majlis ilmu itu anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Pejabat Dato’ Menteri Besar, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.

Jemputan terbuka untuk muslimin dan muslimat. Kitab terjemahan juga akan dijual di reruai IBDE di sana.

Kerajaan Negeri turut menganjurkan Festival Turath Islami Selangor kali kedua tahun ini pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas.

Program untuk memartabat syiar Islam dan menyebar warisan keilmuan Islam itu menampilkan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Festival itu turut mengadakan Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

[caption id="attachment_665604" align="aligncenter" width="700"] Tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian secara membaca sempena talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali pada Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.