ad
AGENSI

Ulama Pattani kupas dua kitab dalam talaqqi 1 hingga 3 Okt di masjid negeri

29 Sep 2024, 1:00 PM
Ulama Pattani kupas dua kitab dalam talaqqi 1 hingga 3 Okt di masjid negeri
Ulama Pattani kupas dua kitab dalam talaqqi 1 hingga 3 Okt di masjid negeri
Ulama Pattani kupas dua kitab dalam talaqqi 1 hingga 3 Okt di masjid negeri
Ulama Pattani kupas dua kitab dalam talaqqi 1 hingga 3 Okt di masjid negeri

SHAH ALAM, 29 SEPT: Program Talaqqi Kitab Turath Islami bagi mengupas karya agung Imam Al-Ghazali diteruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1, 2 dan 3 Oktober.

Menampilkan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni, program kesinambungan Festival Turath Islami Selangor pada Mei dan Jun lalu akan mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.

Selain Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), siri tersebut turut dianjurkan bersama Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan masjid negeri.

[caption id="attachment_649809" align="aligncenter" width="790"] Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni menyampaikan kuliah dhuha dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami Siri Talaqi Kitab Ihya' Ulumuddin dan Mawaqif Al Mirjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Program pada 1 Oktober meliputi dua sesi iaitu kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam) manakala pada 2 dan 3 Oktober sesi kuliah Dhuha diadakan mulai 9 hingga 11 pagi.

Jemputan majlis ilmu itu terbuka untuk semua muslimin dan muslimat selain kitab-kitab juga akan dijual di reruai IBDE di sana.

Sebelum ini, Festival Turath Islami Selangor membuka tirai pada 26 Mei hingga 2 Jun yang kemudiannya diteruskan pada 24, 25 dan 27Jun lalu.

[caption id="attachment_648904" align="aligncenter" width="782"] Ribuan jemaah memenuhi ruang solat utama Masjid Negeri di Shah Alam bagi menyertai Maulid Syarabut dan Qasidah serta Tausiyah Perdana sempena Festival Turath Islami Selangor pada 31 Mei 2024. FOTO HAFIZ OTHMAN.[/caption]

Bagi memartabat syiar Islam menerusi penganjuran majlis ilmu mendalam festival ketika itu menampilkan syarahan tokoh ulama antarabangsa antaranya bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah yang mengupas Kitab Hadis 40 Imam Nawawi.

Berlangsung di masjid negeri festival itu turut menyediakan Pameran Al-Wahyu yang mempamerkan kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

Turut dipamer dalam pameran itu ialah naskhah al-Quran bertinta emas yang dihasilkan ketika pemerintahan Sultan Terengganu ke-9, Sultan Ommar Muazzam Riayat Shah sekitar tahun 1800.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.