PETALING JAYA, 29 SEPT: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya di Selangor diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan sedia ada, sebaliknya perlu terus bekerja keras mentadbir negeri.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan kelalaian dalam pentadbiran boleh mengakibatkan Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2008 berdepan risiko kejatuhan.
[caption id="attachment_665575" align="aligncenter" width="814"] Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berucap ketika Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Di Selangor mereka menjadi kerajaan agak lama sejak 2008 dan bimbang ada dalam kalangan pimpinan dan anggota berasa selesa selain beranggapan mereka telah lakukan yang terbaik.
"Ini yang perlu kita buang dan jangan berasa kuat...perlu bekerja keras daripada sekarang dan gunakan peluang yang ada. Setiap cabang saya galakkan buat mesyuarat setiap bulan untuk mengetahui kekuatan parti.
"Selangor di bawah pimpinan pengerusi (Dato' Seri Amirudin Shari) banyak laksanakan program, inisiatif yang ada tidak boleh lawan. Namun, cabarannya adalah memastikan rakyat memahaminya sekali gus menyokong parti," katanya hari ini.
[caption id="attachment_665576" align="aligncenter" width="808"] Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari merasmikan Majlis Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda KEADILAN di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, beliau menyeru semua ahli meneladani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus membantu rakyat biarpun berdepan dengan pengalaman perit.
Sementara itu, Setiausaha KEADILAN Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman berkata pimpinan negeri akan memantau setiap cabang selain mereka perlu mengadakan mesyuarat sekali dalam tempoh dua bulan.
[caption id="attachment_665573" align="aligncenter" width="812"] Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman berucap ketika Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Ini bertujuan untuk melihat kekuatan parti di setiap cabang dan mereka perlu menyerahkan minit mesyuarat dan aktiviti serta merta.
"Selain itu, kita akan memberi fokus kemahiran kepada lantikan-lantikan politik dan menyusun program-program bagi memahirkan mereka," katanya.
Terdahulu, mesyuarat yang dihadiri 800 ahli parti itu dirasmikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari.
[caption id="attachment_665550" align="aligncenter" width="812"] Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama penyokong melaungkan reformasi selepas merasmikan Majlis Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]