PETALING JAYA, 29 SEPT: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor menyeru semua jentera bekerja keras bagi mengekalkan negeri ini sebagai kubu terkuat parti.
Dato' Seri Amirudin Shari berkata selain penyusunan gerak kerja yang kemas, jentera juga tidak boleh membuang masa sebaliknya perlu giat memberi penerangan berkaitan perjuangan parti.
[caption id="attachment_665553" align="aligncenter" width="758"] Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Saya yakin dengan perjuangan ini, Insya-Allah bukan hanya mampu pertahan Selangor dengan lebih kuat tetapi kekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk penggal seterusnya tanpa ragu-ragu.
"Namun, syaratnya kena menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen yang akan ditandingi. Saya akan pertahankan apa yang kita lawan pada 2022 dan 2023... kekal ditandingi KEADILAN.
"PM telah membentuk satu formula besar iaitu Kerajaan Perpaduan tetapi ia perlu bermula daripada akar umbi. Seluruh jentera perlu digembleng dan tindakan ini bermula sekarang, jangan tunggu-tunggu," ucapnya pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda KEADILAN di Auditorium Dewan Sivik MBPJ di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Timbalan MPN Selangor Datuk Borhan Aman Shah.
[caption id="attachment_665550" align="aligncenter" width="809"] Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama penyokong melaungkan reformasi selepas merasmikan Majlis Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Amirudin yang juga naib presiden parti menegaskan KEADILAN merupakan wadah perjuangan reformasi walaupun berdepan dengan pengalaman perit dalam menegakkan keadilan.
"Parti ini wadah, wahana atau kenderaan atas nama perjuangan yang tiada lain melainkan reformasi. Reformasi jika diimbas sejarahnya, perjalanan panjang bukan hanya kisah suka duka, kalah menang dan keluar.
"Perlu faham apa maknanya kerana satu ketika dulu ada menganggap reformasi adalah bantahan, demonstrasi sedangkan ia mempunyai makna yang lebih luas... jika difahami kita tidak akan salah faham apa yang diperjuangkan.
"Sebab itu, jika ada yang sindir, cemuh biarkan sebab mereka tidak ada apa-apa. Mereka tidak ada konsep dan hanya tahu mengkritik dan merosakkan keharmonian negara. KEADILAN parti yang ada prinsip dan perjuangan dan konsep jelas dalam membangunkan negara," ujarnya.
Tegas Amirudin lagi, KEADILAN bukan parti tipu daya politik sebaliknya berpegang pada prinsip reformasi dan akan kekal sebagai perjuangan.
[caption id="attachment_665552" align="aligncenter" width="812"] Seramai 800 Penyokong KEADILAN yang hadir ketika Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK 2024 KEADILAN Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 29 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]