ad
BERITA UTAMA

Selangor belanja RM59 juta laksana inisiatif kesihatan awam

29 Sep 2024, 7:59 AM
Selangor belanja RM59 juta laksana inisiatif kesihatan awam
Selangor belanja RM59 juta laksana inisiatif kesihatan awam
Selangor belanja RM59 juta laksana inisiatif kesihatan awam
Selangor belanja RM59 juta laksana inisiatif kesihatan awam

HULU LANGAT, 29 SEPT: Kerajaan Negeri membelanjakan RM59 juta bagi melaksanakan inisiatif kesihatan awam sepanjang tahun ini bagi menjaga kualiti hidup rakyat.

EXCO kesihatan awam berkata Iltizam Selangor Sihat (ISS) membantu rakyat mendapatkan rawatan asas dan vaksinasi berjumlah RM500 bagi kategori keluarga manakala individu (RM250).

[caption id="attachment_665538" align="aligncenter" width="758"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berucap ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Negeri juga sediakan subsidi RM70, jika kita mendapatkan rawatan di klinik melibatkan kos RM90, melalui inisiatif ini hanya perlu membayar RM20.

“Keutamaaan Selangor adalah pencegahan kesihatan selain rawatan. Jadi negeri juga sediakan inisiatif saringan kesihatan percuma melalui Selangor Saring,” kata Jamaliah Jamaluddin.

Berucap pada Majlis Karnival Kesihatan Madani di Dewan Serbaguna Bandar Teknologi Kajang di sini, beliau menyeru orang ramai mengambil peluang menjalani saringan kesihatan berkenaan.

[caption id="attachment_665539" align="aligncenter" width="806"] Orang ramai membuat pemeriksaan mata ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jika mendapatkan khidmat saringan di luar seperti barah, kencing manis dan kolestol, bayaran boleh mencecah hingga RM3,000.

“Namun, di Selangor Saring adalah percuma dan hanya perlu hadir ke lokasi program,” katanya.

[caption id="attachment_665540" align="aligncenter" width="794"] Orang ramai mencuba urutan yang terdapat di pameran program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.