ad
AGENSI

Kursus bahasa Mandarin antara aktiviti belia Selangor tahun ini

29 Sep 2024, 5:00 AM
Kursus bahasa Mandarin antara aktiviti belia Selangor tahun ini
Kursus bahasa Mandarin antara aktiviti belia Selangor tahun ini
Kursus bahasa Mandarin antara aktiviti belia Selangor tahun ini

SHAH ALAM, 29 SEPT: Kursus bahasa Mandarin dan bengkel membuat resume antara program yang dianjurkan Penggerak Belia Selangor (PeBS) Majlis Perbandaran Ampang Jaya tahun ini.

Ruben Raj, 31, berkata kursus berkenaan berjalan selama lapan minggu manakala bengkel akan dibuat hujung tahun ini sebagai persediaan anak muda mencari kerja awal tahun depan.

[caption id="attachment_665512" align="alignleft" width="394"] Ruben Raj[/caption]

“Ini merupakan penggal kedua dilantik. Jadi saya gunakan pengalaman lepas untuk anjur program bermanfaat dan beri faedah kepada belia.

“Dalam masa sama, saya akan menghebahkan inisiatif kebajikan negeri supaya lebih ramai tahu. Ini langkah memastikan kebajikan penduduk terjaga,” katanya.

Sementara itu, ahli PeBS Sabak Bernam Ainatul Nadrah Azman berkata beliau akan menggunakan media sosial sebagai medium mendekati golongan muda.

[caption id="attachment_665513" align="alignright" width="354"] Ainatul Nadrah Azman[/caption]

“Kami akan anjur banyak program santai dengan belia. Antaranya senamrobik selain bekerjasama dengan pihak lain menjayakan aktiviti berfaedah,” katanya yang pertama kali dilantik.

Terdahulu, kedua mereka bersama 248 ahli menerima watikah pelantikan PeBS penggal 2024/2025 daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis berkenaan bersekali program pemukiman turut dihadiri EXCO Belia Najwan Halimi serta Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Mohamad Nizam Marjugi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.