ad
AGENSI

Inisiatif Selangor buru ikan bandaraya, jaga ekosistem sungai dipuji

28 Sep 2024, 12:00 PM
Inisiatif Selangor buru ikan bandaraya, jaga ekosistem sungai dipuji
Inisiatif Selangor buru ikan bandaraya, jaga ekosistem sungai dipuji
Inisiatif Selangor buru ikan bandaraya, jaga ekosistem sungai dipuji

SHAH ALAM, 28 SEPT: Inisiatif Tangkap Ikan Bandaraya (pleco) di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat anjuran Kerajaan Negeri sepanjang bulan ini mampu menjaga ekosistem hidupan air.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri berkata program julung kali itu wajar diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada kelestarian dan generasi akan datang.

“Program ini bagus kerana matlamatnya memang mahu menjaga ekosistem sungai. Kita akan lihat semua aspek sebelum memutuskannya tetapi kemungkinan besar inisiatif ini diteruskan.

"Kita tunggu hasil perbincangan selepas program berakhir esok,” kata Noraisyah Abu Bakar kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_659990" align="aligncenter" width="814"] EXCO pertanian Ir Izham Hashim melihat sebahagian ikan bandaraya (pleco) yang ditangkap selepas merasmikan majlis penutup pertandingan menangkap ikan asing di Sungai Damansara, Subang Jaya pada 25 Ogos 2024. Foto Facebook Ir Izham Hashim[/caption]

Setiap hari minggu sepanjang bulan ini, Kerajaan Negeri menerusi jawatan kuasa tetap pertanian mengadakan tangkapan ikan pemangsa dengan tawaran RM1 sekilo.

Insentif diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Ogos lalu sebagai langkah mengurangkan populasi yang menjadi antara penyebab runtuhan tebing sungai dan ban.

Sejumlah 3,734 kg ikan asing ditangkap sejak 1 September dan program bakal berakhir petang esok.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menyasarkan 50,000 kg ikan bandaraya ditangkap menerusi program berkenaan sepanjang bulan ini.

[caption id="attachment_662086" align="aligncenter" width="815"] Pemburu ikan Pleco menangkap ikan bandaraya dengan menjala sekitar tebing Sungai Langat sempena Program Inisiatif Pemburu Ikan Pleco di Denai Sungai Kebangsaan Sungai Langat pada 1 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.