ad
ADN

Cegah bah: DUN Kota Kemuning giat senggara saliran, longkang tidak bertuan

27 Sep 2024, 9:00 AM
Cegah bah: DUN Kota Kemuning giat senggara saliran, longkang tidak bertuan
Cegah bah: DUN Kota Kemuning giat senggara saliran, longkang tidak bertuan
Cegah bah: DUN Kota Kemuning giat senggara saliran, longkang tidak bertuan

SHAH ALAM, 27 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan bencana banjir berulang.

Wakil rakyatnya S. Preakas berkata antara usaha yang dilaksana adalah menyelenggara semua sistem saliran, termasuk longkang tidak bertuan bagi menghadapi fasa peralihan monsun yang dijangka berlarutan hingga November.

[caption id="attachment_627089" align="aligncenter" width="814"] Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning S Preakas ketika program Hari Tanpa Kenderaan MBSJ dan perasmian Taman Komuniti di Taman Komuniti Putra Heights, Subang Jaya pada 4 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Antara masalah di DUN Kota Kemuning adalah penyelenggaraan longkang kerana kita ada kira-kira 1 km longkang yang tidak bertuan dan kita tidak dapat uruskan dengan baik.

“Namun Kerajaan Negeri sudah luluskan peruntukan RM5 juta baru-baru ini untuk selesaikan isu longkang tidak bertuan di seluruh Selangor. Jadi kita akan mula buat bersama tiga agensi terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai kejadian banjir kilat kelmarin, Preakas berkata air surut sepenuhnya dalam tempoh dua jam dan hanya menjejaskan beberapa kawasan di Jalan Kebun dan Kota Kemuning.

“Banjir kali ini tidak menjejaskan Taman Sri Muda dan ini menunjukkan perancangan kita berjaya. Namun masih ada beberapa kawasan yang perlu diberi perhatian seperti kawasan perumahan dan perindustrian di Jalan Kebun,” katanya.

[caption id="attachment_664988" align="aligncenter" width="813"] Banjir kilat melanda beberapa kawasan sekitar Kota Kemuning dan Jalan Kebun, Shah Alam pada 25 September 2024. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor[/caption]

Rabu lalu, beberapa kawasan rendah di sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning di sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan selama hampir tiga jam.

Banjir kilat menenggelamkan jalan utama sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning termasuk kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa dan SK Kota Kemuning.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.