ad
AGENDA

Polis cari lelaki melintasi landasan monorel stesen Bukit Bintang

27 Sep 2024, 12:18 AM
Polis cari lelaki melintasi landasan monorel stesen Bukit Bintang

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan berkata video berdurasi empat saat tersebut telah dikesan dimuat naik di platform media sosial Xiaohongshu pada hari sama.

“Laporan polis berkenaan kejadian itu dibuat oleh Polis Bantuan Prasarana pada pukul 9.34 malam semalam. Walaupun usaha telah dilakukan untuk menahan suspek, identiti lelaki tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan), dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis terdekat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.