SHAH ALAM, 25 SEPT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) mempelawa usahawan menyertai program keusahawanan kecerdasan buatan (AI) dan perniagaan Shopee pada 2 hingga 3 Oktober depan.
Agensi itu memaklumkan, program dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dianjur secara percuma dengan penyertaan terhad.
“Usahawan Hijrah Selangor berpeluang meneroka fungsi teknologi AI dalam membantu perniagaan dan mengetahui kelebihan teknologi AI dalam Shopee.
“Selain itu, peserta juga dapat meneroka potensi teknologi AI dalam membantu penjenamaan produk di Shopee serta mempelajari cara pemasaran yang berkesan,” tulisnya di Facebook.
Menurut Hijrah Selangor, program yang dijadual berlangsung di Jom Training Centre, Taman Puchong Prima, Puchong dikendali jurulatih pemasaran digital terkenal, Tuan Ahmad Firdaus atau Coach TAF.
Untuk maklumat lanjut hubungi Cik Farhana: 016-336 3862 dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut https://forms.gle/yrAW15c45U1Baqx37