SHAH ALAM, 25 SEPT: Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ATDReC) kendalian KDEB Waste Management (KDEBWM) bakal diperluas di Ampang dan Kuala Selangor hujung tahun ini.
Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata pembinaan dua pusat berkenaan susulan kemudahan sama di Cyberjaya mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penduduk.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI"Masyarakat kini semakin cakna dengan amalan kitar semula. Pada awal pembukaan di Cyberjaya kakitangan kita mengutip barangan (kitar semula) seminggu sekali tetapi kini sudah seminggu tiga kali," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini Ramli memaklumkan, ATDReC yang dilancar pada Mac lalu di Pusat Kitar Semula Cyberjaya mengutip 1.7 tan barangan kitar semula bagi tempoh April hingga pertengahan Mei.
ATDReC adalah pusat kitar semula pandu lalu automatik dilengkapi kamera litar tertutup dan beroperasi 24 jam bagi menjadikan kitar semula lebih mudah diakses komuniti.
[caption id="attachment_634841" align="aligncenter" width="812"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Dato' Abd Hamid Hussain melakukan imbasan kod QR sambil disaksikan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika majlis pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) oleh KDEBWM di Pusat Kitar Semula Cyberjaya (PKSC), Sepang pada 25 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Dalam perkembangan sama, Ramli berkata perkhidmatan kutipan sampah akan ditambah baik dan diperkemas lagi pada tahun hadapan.
"Tahun depan banyak kontrak pihak berkuasa tempatan di negeri ini bakal tamat dan insya-Allah, apabila kontrak diperbaharui kita akan tukar lori kompaktor lama kepada yang baharu.
"Jika sebelum ini kita guna lori berwarna biru putih 16 tan, kali ini kita tukar kepada lori merah kuning berkapasiti 18 dan 19 tan bagi menjadikan ia lebih efektif serta mampu mengutip sampah lebih banyak," katanya.
[caption id="attachment_630913" align="aligncenter" width="787"] EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim bersama Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahirketika melancarkan lori kompaktor dan imej baharu KDEBWM di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati pada 28 Februari. Foto FITRI HAZAM HAZIM/SELANGORKINI[/caption]