ad
AGENDA

Lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA dipercayai kebocoran paip kumbahan

25 Sep 2024, 8:18 AM
Lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA dipercayai kebocoran paip kumbahan

PUTRAJAYA, 25 SEPT: Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki berpunca dari kebocoran paip kumbahan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan lubang mendap itu dikesan hari ini jam 10 pagi tadi.

KKR menyatakan laluan berkenaan boleh dilalui kenderaan namun Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilaksanakan oleh Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) di kawasan itu.

Tindakan yang diambil termasuk pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan TMP oleh MAHB dan laporan terperinci akan dikeluarkan MAHB setelah selesai siasatan dibuat, mengikut KKR.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh MAHB.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.