ad
BERITA UTAMA

Jajaran baharu Bas Smart Selangor dimuktamad 2025, pastikan tidak bertindih

25 Sep 2024, 6:52 AM
Jajaran baharu Bas Smart Selangor dimuktamad 2025, pastikan tidak bertindih

SHAH ALAM, 25 SEPT: Jajaran baharu Bas Smart Selangor dan perkhidmatan laluan van transit atas permintaan (DRT) dijangka dapat dimuktamad menjelang tahun depan, kata EXCO mobiliti.

Menurut Ng Sze Han, perbincangan bagi menentukan laluan pengangkutan awam itu dibuat bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), Prasarana Malaysia Berhad dan Rapid Bas bagi mengelak pertindihan.

“Boleh dikatakan tidak banyak perbezaan laluan buat masa ini kerana laluan Bas Smart Selangor tidak bertindih dengan laluan Prasarana.

“Kerajaan Negeri perlu harmonikan laluan ini supaya kita dapat pastikan ketersambungan pengangkutan awam yang lengkap untuk kebaikan rakyat Selangor,” katanya.

Pada Januari, Kerajaan Negeri mengarahkan PBT mengkaji semula laluan Bas Smart Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan, sekali gus menyelarasnya dengan laluan DRT.

Lebih 60 juta penumpang dicatat menggunakan bas itu antara 2015 hingga Jun 2023, dengan 166 bas disediakan ke 50 laluan menerusi peruntukan tahunan RM45 juta.

Van DRT yang dilaksana mulai Novemver 2023 pula mencatatkan hampir 54,000 pengguna setakat Jun, bagi menggantikan kemudahan Bas Smart Selangor ke laluan sempit dan penduduk ramai.

Sasaran tumpuan adalah kawasan berdekatan pengangkutan awam utama seperti rel dan stesen bas bagi melengkapi perbatuan pertama dan terakhir (first mile and last mile).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.