ad
BERITA UTAMA

EXCO: Usahawan Selangor teroka potensi pasaran, perkenal produk di ekspo perdagangan China

25 Sep 2024, 4:11 AM
EXCO: Usahawan Selangor teroka potensi pasaran, perkenal produk di ekspo perdagangan China
EXCO: Usahawan Selangor teroka potensi pasaran, perkenal produk di ekspo perdagangan China

SHAH ALAM, 25 SEPT: Seramai 20 usahawan Selangor terpilih menyertai ekspo perdagangan, China-ASEAN Expo (CAEXPO) 2024 di Nanning, China mulai semalam hingga Sabtu ini.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata usahawan terpilih berpeluang memperkenalkan produk perniagaan mereka di negara itu sekali gus meneroka potensi pasaran dan eksport serantau.

Katanya, CAEXPO merupakan salah satu ekspo perdagangan terbesar di China dan platform efektif yang memfokuskan perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

“Hari ini (semalam) saya memulakan lawatan kerja ke China dengan menyertai CAEXPO ke-21 di Nanning.

“Seramai 20 usahawan berpotensi dipilih menyertai ekspo ini dengan dukungan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tetap Keusahawanan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” katanya menerusi Facebook.

Selangor giat memberdaya usahawannya menerusi pelbagai inisiatif termasuk program Selangor 1000 Digital bagi memperluaskan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan.

Selain itu Belanjawan 2024 turut memperuntukkan RM3.3 juta untuk program Liga Usahawan Wanita dan Selangor Youth Community bagi bantuan niaga, urusan kewangan dan pemasaran produk mikro, kecil dan sederhana.

[caption id="attachment_664918" align="aligncenter" width="869"] Usahawan Selangor bergambar bersama EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi ketika menyertai China-ASEAN Expo (CAEXPO) 2024 di Nanning, China pada 24 September 2024. Foto Facebook Najwan Halimi[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.