ad
AGENDA

Lelaki cari besi, barang lama jumpa rangka manusia

25 Sep 2024, 12:26 AM
Lelaki cari besi, barang lama jumpa rangka manusia

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Rangka manusia dipercayai bayi ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada lelaki tempatan berusia 53 tahun ketika mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

“Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

“Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.