SHAH ALAM, 24 SEPT: Skim Smart Sewa yang diperkenal Kerajaan Negeri sejak 2017 mendapat sambutan berikutan penawaran sewaan kediaman lebih murah berbanding pasaran luar.
Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Dato’ TPr Dr Juhari Ahmad memaklumkan kadar sewaan dianggarkan 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding kediaman lain.
[caption id="attachment_664851" align="aligncenter" width="785"] Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Dato’ Dr Juhari Ahmad pada Dialog Belanjawan Negeri Selangor tahun 2025 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 24 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Penyewaan skim ini bertujuan membantu golongan yang gagal mendapat pembiayaan bank membina simpanan perumahan iaitu mereka akan memperoleh pulangan 30 peratus pada penghujung tempoh sewaan.
“Kadar sewaan yang dikenakan di bawah skim ini antara RM450 hingga RM800 dan sejak diperkenal 852 keluarga telah mendapat manfaat,” katanya pada Dialog Belanjawan Selangor di Pusat Konvensyen Setia City di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan permintaan rumah mampu milik di Selangor terus mendapat sambutan apabila menerima permohonan sebanyak 146,987 dengan hampir 50 peratus daripadanya di daerah Petaling.
Sementara itu, Ahli Majlis Kebangsaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Tan Hon Lim berkata perlu ada satu formulasi baharu dalam pembinaan rumah mampu milik yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan pemaju.
[caption id="attachment_664850" align="aligncenter" width="815"] Ahli Majlis Kebangsaan Rehda Datuk Tan Hon Lim pada Dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 24 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita cadangkan satu tabung atau wujud yayasan yang mengumpulkan beberapa pemaju. Menerusi tabung ini mereka boleh membina perumahan mampu milik di lokasi yang mempunyai permintaan tinggi.
“Ini sekali gus memastikan setiap unit dibina dapat didiami dan mengelak berdepan risiko projek terbengkalai,” katanya.
Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun.
Sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar akan dipulangkan semula apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.
[caption id="attachment_664849" align="aligncenter" width="812"] Sebahagian peserta yang mengikuti Dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 24 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]