ad
AGENDA

Negeri cadang jenamakan Rumah Selangorku, selesai projek 'sakit'

24 Sep 2024, 10:21 AM
Negeri cadang jenamakan Rumah Selangorku, selesai projek 'sakit'
Negeri cadang jenamakan Rumah Selangorku, selesai projek 'sakit'

SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerajaan Negeri bercadang menjenamakan semula Rumah Selangorku mengikut ketetapan dasar perumahan bagi mengelak tanggapan negatif jika projek gagal disiapkan pemaju.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata ramai beranggapan semua projek perumahan mampu milik itu dimiliki dan dibina sepenuhnya negeri, sedangkan ia diuruskan pemaju swasta.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pemaju supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama dan logo Rumah Selangorku untuk mempromosikan projek perumahan di negeri ini.

“Jika pemaju gagal (siapkan projek), ia beri tanggapan negatif Kerajaan Negeri. Jadi, bagi mengelak perkara ini jadi bebanan, Rumah Selangorku perlu dijenama,” katanya.

[caption id="attachment_664841" align="alignleft" width="426"] Exco Perumahan Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 24 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Saya juga minta kerjasama semua pemaju tidak guna nama dan logo Selangorku, perlu ada kebenaran daripada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor."

Beliau ditemui selepas sesi Dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari, yang dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Pada masa sama, Borhan menambah Selangor menumpukan penyelesaian projek perumahan ‘sakit’ atau terbengkalai tahun hadapan, dengan bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, usaha berterusan itu bagi memastikan rakyat memiliki rumah mengikut waktu ditetapkan, selain tumpuan menyelesaikan isu pemilikan strata di beberapa kawasan.

Selain itu, katanya, Selangor menyediakan lebih 1,300 unit rumah mampu milik bawah Skim Smart Sewa setakat ini dan menyasarkan 6,000 unit menerusi inisiatif itu menjelang 2028.

“Ini adalah timbal balas rumah mampu milik yang ditukar daripada Dasar Rumah Selangorku 2.0 kepada Dasar Rumah Selangorku 3.0.

"Setakat ini, semua unit disewa kepada anak muda dan kutipan pembayaran mencapai 98 peratus. Ini bermakna dalam tempoh tiga ke lima tahun mereka mampu memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.