ad
AGENDA

MB: Tubuh mesyuarat jawatankuasa seragamkan tadbir urus Lembah Klang Raya

24 Sep 2024, 7:00 AM
MB: Tubuh mesyuarat jawatankuasa seragamkan tadbir urus Lembah Klang Raya
MB: Tubuh mesyuarat jawatankuasa seragamkan tadbir urus Lembah Klang Raya
MB: Tubuh mesyuarat jawatankuasa seragamkan tadbir urus Lembah Klang Raya

SHAH ALAM, 24 SEPT: Selangor menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Penyeragaman bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya bagi menyeragamkan tadbir urus bandar metropolis itu.

Dato’ Menteri Besar berkata Lembah Klang Raya yang menggabungkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang bakal menggunakan satu garis panduan bersepadu selain semua pelaksanaan undang-undang diperkemas dan diseragamkan.

[caption id="attachment_661543" align="aligncenter" width="809"] Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Utiliti Infra Darul Aman (UiDA) dan Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 3 September 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kepakaran, sumber, kewangan dan pelbagai lagi akan diseragamkan supaya tiada pertindihan serta memudahkan urusan penduduk,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

 

Amirudin menambah Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima metropolis utama di Asia.

“Pencapaian ini pasti mampu meningkatkan kemakmuran negeri dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Metropolis adalah bandar raya dengan lebih sejuta penduduk berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan, perindustrian serta berteknologi tinggi,” katanya.

Lembah Klang Raya diumum menerusi Belanjawan 2024 pada November tahun lalu dengan peruntukan RM2 juta bagi menggabungkan Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.

Amirudin ketika membentang belanjawan itu dilapor berkata Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima lembah utama di Asia.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.