ad
AGENDA

Pemandu lori rempuh empat kenderaan, seorang maut

23 Sep 2024, 3:40 PM
Pemandu lori rempuh empat kenderaan, seorang maut

KOTA BHARU, 23 SEPT: Polis menahan pemandu lori yang positif dadah methamphetamine selepas lelaki itu merempuh tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kubang Kerian di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata dalam kejadian 12.50 tengah hari tadi, lelaki berumur 50 tahun yang memandu lori jenis Nissan dari arah Peringat menghala ke Pasir Tumboh dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan terlibat.

Beliau berkata akibat rempuhan itu seorang penunggang motosikal parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

"Kes kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang melihat kejadian ini supaya tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu serta menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Nurul Izzati Mohammad Rosli melalui talian 09-7752315," katanya dalam kenyataan malam ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.