ad
PBT

MPHS pelawa 30 usahawan ikuti program urus perniagaan secara digital percuma

23 Sep 2024, 9:30 AM
MPHS pelawa 30 usahawan ikuti program urus perniagaan secara digital percuma
MPHS pelawa 30 usahawan ikuti program urus perniagaan secara digital percuma

SHAH ALAM, 23 SEPT: Peniaga sekitar Hulu Selangor yang berhasrat mendigitalkan perniagaan dipelawa menyertai program pembangunan Usahawan Platform Selangor (U-PLATS) pada 3 Oktober.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata program bimbingan percuma terhad kepada 30 penyertaan dijadual berlangsung di Dewan Orang Ramai Serendah mulai 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Peniaga yang ingin mendigitalkan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana nak mula boleh berdaftar sebagai peserta U-PLATS MPHS sekarang.

“Antara input program adalah pendaftaran TikTok, Google My Business dan asas keusahawanan," maklumnya di Facebook.

Usahawan boleh membuat pendaftaran menerusi https://forms.gle/XDQALZ7dmkmetF7v7 atau imbas kod QR di poster sebelum 30 September ini.

Program anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) menetapkan peserta mestilah berdaftar dengan PLATS.

Tahun lalu, MBI memperkenal program U-PLATS bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan secara digital dengan penglibatan 12 PBT.

Antara modul bimbingan termasuk berkaitan pengenalan kepada keusahawanan, media sosial dan e-dagang serta penciptaan kandungan digital.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.