ad
AGENDA

MPS sita sembilan premis GISBH beroperasi tanpa lesen niaga di Rawang

23 Sep 2024, 6:30 AM
MPS sita sembilan premis GISBH beroperasi tanpa lesen niaga di Rawang
MPS sita sembilan premis GISBH beroperasi tanpa lesen niaga di Rawang

GOMBAK, 23 SEPT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita sembilan premis perniagaan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang dikesan beroperasi tanpa lesen di Rawang pada Sabtu.

Yang Dipertuanya Shahman Jalaludin berkata MPS kini giat menjalankan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan premis yang didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.

[caption id="attachment_664631" align="aligncenter" width="814"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shahman Jalaluddin pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis MPS di Menara MPS pada 23 September 2024. Foto Majlis Perbandaran Selayang[/caption]

“MPS melalui Jabatan Penguatkuasa Keselamatan, Jabatan Perlesenan dan Jabatan Pembangunan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalani operasi serbuan premis di Bandar Country Homes pada Sabtu lalu.

“Tindakan MPS menyita sembilan premis yang dimiliki GISBH tidak mempunyai lesen selain meroboh beberapa struktur binaan haram.

“Premis yang disita menjalan perniagaan kedai makan dan dobi. Selain itu, 17 premis yang mempunyai lesen perniagaan dikesan beroperasi di Rawang dan Bandar Baru Selayang namun kesemuanya didapati kosong,” katanya.

Bercakap dalam sidang media di Menara MPS di sini, Shahman memaklumkan MPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan sebarang kesalahan.

“MPS komited untuk memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan teratur di kawasan pentadbirannya,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.