ad
AGENDA

Para SUKMA: Natalie Bianca sumbang emas pertama Selangor

23 Sep 2024, 5:25 AM
Para SUKMA: Natalie Bianca sumbang emas pertama Selangor

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 SEPT: Natalie Bianca Edmund Dass menyumbang pingat emas pertama kontinjen Selangor dalam Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak menerusi acara 100 meter gaya kuak dada wanita.

Perenang berusia 21 tahun itu mempamer aksi bertenaga di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petrajaya untuk mencatat 3:57.65 saat (s) menewaskan atlet Kuala Lumpur Naznyn Nazlee Hadanee di tempat kedua dengan masa 4:11.94s.

Gangsa milik perenang Pulau Pinang Nur Farah Umaira Shariff Afini dengan catatan 4:31.74s manakala atlet Sabah Sharlinie Valerie Voo Wen Qin keempat.

Setakat jam 1 tengah hari, Selangor mengumpul lima pingat keseluruhan dengan satu emas, satu perak dan tiga gangsa.

Pingat perak pertama Selangor disumbang Muhammad Aizam Balqish Mohd Daniel Dangis menerusi acara rejam lembing lelaki.

Kontinjen Selangor menyasar 29 pingat emas dan kedudukan tiga terbaik dalam temasya dwitahunan yang bermula 22 hingga 28 September.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.