SHAH ALAM, 22 SEPT: Seramai 37 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Tanjong Karang terjejas banjir kelmarin bakal menerima bantuan ehsan RM500.
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata setiap keluarga juga diberikan bakul makanan sebagai langkah membantu mangsa menyediakan keperluan dapur.
“Kita sediakan bantuan pascabah. Dimaklumkan ketika berada di pusat pemindahan sementara (PPS), bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencukupi.
“Jadi kita mahu elakkan pembaziran dan longgokan sumbangan. Selepas mereka pulang ke rumah, kita akan segerakan pemberian bantuan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Selangorkini.
[caption id="attachment_551572" align="alignnone" width="840"] Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang memindahkan mangsa banjir di Kampung Ban RB, Sungai Sireh pada 23 November 2022. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang[/caption]
Setakat semalam, Info Bencana JKM memaklumkan satu PPS di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang di Kuala Selangor kekal dengan 101 mangsa daripada 36 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan.
Setiap tahun anak syarikat Kerajaan Negeri itu akan memperuntukan RM1 juta bagi membantu mangsa bencana termasuk banjir. kebakaran, tanah runtuh dan ribut.