ad
AGENSI

Unisel, universiti luar negara kerjasama perkasa akademik, penyelidikan

22 Sep 2024, 3:30 AM
Unisel, universiti luar negara kerjasama perkasa akademik, penyelidikan
Unisel, universiti luar negara kerjasama perkasa akademik, penyelidikan

SHAH ALAM, 22 SEPT: Universiti Selangor (Unisel) mengorak langkah meluaskan jaringan antarabangsa dengan pelbagai universiti di seluruh negara.

Canselor Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj berkata kerjasama itu bertujuan memperkasakan lagi sektor akademik, penyelidikan dan pemasaran.

“Ini termasuklah kerjasama dengan universiti di Turkiye, China, Oman, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan negara Afrika Timur seperti Kenya, Tanzania, Uganda serta Somalia.

“Antara kerjasama yang telah dimeterai sebelum ini termasuklah pertukaran pelajar dan kakitangan, penyelidikan, seminar antarabangsa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Istiadat Konvokesyen Unisel ke-18 di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya di sini semalam.

[caption id="attachment_664371" align="alignnone" width="883"] Pelajar Unisel gembira setelah menerima ijazah dalam Istiadat Konvokesyen Unisel Ke-18 di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Arshad turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang cakna dengan fasiliti di Unisel.

“Walaupun Unisel merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar membolehkan kemudahan universiti ini sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa.

“Ini termasuklah menaiktaraf bilik pengajaran yang lebih kondusif, kafe yang selesa dan kemudahan sukan seperti padang bola sepak sintetik bertaraf antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Arshad manzahirkan tahniah kepada para graduan dan sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua kerjaya pada masa depan.

“Jadilah generasi muda yang proaktif dan bersedia mengubah sikap serta minda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam fasa kehidupan seterusnya,” katanya.

Terdahulu, seramai 2,555 graduan dirai pada Istiadat Konvokesyen ke-18 dengan 1,138 graduan peringkat ljazah Sarjana Muda diikuti diploma (965), tahun asas (394), ijazah sarjana (31) dan kedoktoran (27).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.