ad
AGENDA

Tanah runtuh di Cameron Highlands, tiang elektrik tumbang hempap kereta

21 Sep 2024, 8:40 AM
Tanah runtuh di Cameron Highlands, tiang elektrik tumbang hempap kereta

KUANTAN, 21 SEPT: Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 11 pagi itu.

Beliau berkata bencana itu telah mengakibatkan Jalan Besar, Brinchang berhampiran Agro Market telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok dan tiang eletrik yang tumbang.

"Sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu rosak dihempap tiang elektrik yang tumbang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri berkata kerja-kerja pembersihan sedang giatkan dijalankan.

- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.