ad
AGENDA

Perjalanan reformasi tempa pelbagai kejayaan, kembalikan maruah negara, rakyat

21 Sep 2024, 5:34 AM
Perjalanan reformasi tempa pelbagai kejayaan, kembalikan maruah negara, rakyat
Perjalanan reformasi tempa pelbagai kejayaan, kembalikan maruah negara, rakyat
Perjalanan reformasi tempa pelbagai kejayaan, kembalikan maruah negara, rakyat
Perjalanan reformasi tempa pelbagai kejayaan, kembalikan maruah negara, rakyat

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang bermula di jalan raya 26 tahun lalu sudah menempa pelbagai kejayaan sekali gus memberi kesan baik kepada rakyat.

Naib presiden Dato’ Seri Amirudin Shari berkata meski dipandang sinis dan skeptikal di awal penubuhan, namun kalangan pemimpin parti teguh meneruskan perjalanan reformasi demi mengembalikan maruah negara dan disegani.

“Kejayaan ini bukan kemenangan individu, bukan hanya kepada parti tetapi ini kemenangan untuk rakyat Malaysia.

“Sebutlah apa polisi yang ada sekarang. Dasar kebajikan rakyat yang timbul dalam ekonomi Malaysia, pilihan raya yang adil dengan dengan penggunaan dakwat kekal sampailah dasar luar dan ekonomi yang membela rakyat,” katanya berucap di Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat malam tadi.

[caption id="attachment_664341" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Berlangsung di Stadium Axiata, himpunan bertujuan mengimbau sejarah perjuangan presiden Datuk Seri Anwar İbrahim selain peristiwa hitam beliau ditangkap pada tarikh sama 26 tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata pengorbanan perdana menteri termasuk dipenjarakan akibat fitnah mengajar parti untuk berjuang secara terbuka dan berjiwa besar.

“Inilah yang menjana kejayaan pada 2018 (pilihan raya umum) kali pertama dalam sejarah kita angkat perjuangan dan bawa kejayaan dengan pembebasan beliau melalui pengampunan diraja.

“26 tahun ini ajar erti kesabaran, kecekalan, berjiwa besar, cara perjuangan, ajar kita cara bergerak ke depan untuk selamatkan dan pastikan negara bermaruah dan disegani seperti mana dilakukan perdana menteri sekarang.

“Di peringatan 26 tahun reformasi, mari kita ingati bahawa reformasi bukan hanya laungan, sorakan dan kemenangan satu dua tetapi reformasi ini untuk rakyat Malaysia dan masa depan kita,” katanya.

[caption id="attachment_664344" align="aligncenter" width="700"] Perdana Menteri dan Presiden, Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664342" align="aligncenter" width="700"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penyokong ketika Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.