ad
AGENDA

Badminton: Soon Huat-Shevon mara perlawanan akhir Terbuka China

21 Sep 2024, 4:57 AM
Badminton: Soon Huat-Shevon mara perlawanan akhir Terbuka China

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Pemain beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai hanya selangkah untuk meraih gelaran hatrik musim ini, apabila mara ke pentas final Terbuka China 2024 dengan menumbangkan wakil tuan rumah Cheng Xing-Zhang Chi, hari ini.

Pada aksi separuh akhir berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, pasangan suami isteri yang berada di ranking ke-12 dunia itu tampil dengan aksi positif bagi menumbangkan lawannya 21-18 dan 21-18, dalam tempoh 51 minit.

Menanti mereka di pusingan akhir antara wakil Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja atau pasangan tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

“Sangat gembira dengan pencapaian ini memandangkan ia pentas final ketiga kami musim ini.

“Ia juga merupakan pentas final pertama kejohanan berstatus Super 1000, jadi kami mahu meraih kejayaan muncul juara,” kata Shevon dalam audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.