ad
AGENDA

Puluhan pengikut GISBH termasuk kanak-kanak dibawa ke IPK Selangor

21 Sep 2024, 4:36 AM
Puluhan pengikut GISBH termasuk kanak-kanak dibawa ke IPK Selangor

SHAH ALAM, 21 SEPT: Puluhan individu dipercayai pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dari Pusat Perniagaan GISBH, Bandar Country Homes, Rawang, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Berita Harian melaporkan mereka terdiri daripada wanita dewasa, remaja dan kanak-kanak dalam lingkungan tujuh hingga 50-an dibawa menaiki tiga kereta polis untuk menjalani proses dokumentasi.

Menurut laporan, Mereka merupakan individu yang ditemui di dalam premis perniagaan dan unit kediaman di pusat perniagaan yang dimiliki pertubuhan itu dalam serbuan hari ini.

Operasi melibatkan Polis Kontinjen Selangor, Polis Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dalam operasi bermula jam 6.30 pagi itu, puluhan lot perniagaan seperti kedai dobi, kedai pencetakan, pusat rawatan dan klinik, hotel, bakeri, pusat khidmat media, butik, galeri, restoran dimiliki GISBH diperiksa.

MPS turut merobohkan beberapa struktur binaan haram selain menyita premis perniagaan dimiliki GISBH yang didapati tidak berlesen.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.