ad
AGENDA

Lindungi kanak-kanak, Unicef gesa gencatan senjata segera di Gaza

21 Sep 2024, 2:00 AM
Lindungi kanak-kanak, Unicef gesa gencatan senjata segera di Gaza

NEW YORK, 21 SEPT: Timbalan Pengarah Eksekutif Unicef Ted Chaiban semalam menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Chaiban memberitahu taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bahawa skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara.

Jumlah keseluruhan individu yang terpaksa berpindah meningkat daripada 1.7 kepada 1.9 juta orang.

Beliau juga menekankan keperluan untuk penyelesaian politik yang dirundingkan, yang mengutamakan hak dan kesejahteraan kanak-kanak.

-BERNAMA-WAM

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.