KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Belanjawan 2025 yang dibentang pada 18 Oktober depan menekankan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup tinggi, kata perdana menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkenaan antara beberapa perkara yang belum dapat diselesaikan sepanjang hampir dua tahun memegang tampuk pentadbiran negara.
“Sejak kita ambil alih, politik stabil, ekonomi makin kukuh, ringgit kuat tetapi kita jangan angkuh.
“Masih ada perkara belum selesai iaitu kos sara hidup. Sebab itu belanjawan madani akan selesaikan harga barang dan kos sara hidup,” katanya berucap di Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat malam tadi.
[caption id="attachment_664302" align="alignnone" width="838"] Perdana Menteri dan Presiden, Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Anwar yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dijangka membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera pada 18 Oktober depan.
Beliau sebelum ini berkata perencanaan belanjawan tidak akan lari daripada hala tuju ekonomi negara seperti yang diumum termasuk Pelan Perindustrian Baharu Negara (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)serta Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).