ad
AGENSI

Yide raikan anak yatim, lawat kompleks al-Quran sempena cuti sekolah

20 Sep 2024, 5:26 AM
Yide raikan anak yatim, lawat kompleks al-Quran sempena cuti sekolah

SHAH ALAM, 20 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) meraikan 40 anak yatim dengan menaiki kapal pelayaran di Tasik Putrajaya dan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran, baru-baru ini.

Bahagian Korporat Yide dalam kenyataan menyebut lawatan sempena cuti sekolah dan kempen Bulan Anak Yatim membolehkan mereka mengisi waktu dengan aktiviti bermanfaat dan berilmu.

Menurut yayasan itu, mereka turut berselawat sepanjang menaiki kapal pelayaran dan diterangkan mengenai binaan bangunan bercirikan Islamik serta usaha pemeliharaan al-Quran.

"Perkara ini amat penting sebagai suatu pendedahan mengenai kepentingan memelihara dan beramal dengan al-Quran khususnya bagi seorang muslim," kata Yide.

Dalam lawatan itu, Pengurus Besar YIDE Nur Mohd Razali Abdullah turut menyerahkan sumbangan kepada anak yatim, sambil disaksikan Pengurus Besar Yayasan Restu Mohd Fadli Ismail.

"Diharapkan program yang dijalankan memberi kebaikan kepada anak-anak yatim khususnya dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang cemerlang," kata yayasan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.