ad
AGENSI

MBI, Agrobank bekerjasama bangun ekosistem usahawan agromakanan

19 Sep 2024, 11:10 AM
MBI, Agrobank bekerjasama bangun ekosistem usahawan agromakanan
MBI, Agrobank bekerjasama bangun ekosistem usahawan agromakanan

SUBANG JAYA, 19 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bagi membangun ekosistem keusahawanan sektor agromakanan.

Pertukaran MoU berlangsung di antara Ketua Divisyen Kewangan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Kewangan MBI Zannifa Azura Ahmad dan Presiden Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Majlis disaksikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Hadir sama EXCO Pertanian Ir Izham Hashim dan EXCO Kebajikan Anfaal Saari.

[caption id="attachment_664075" align="alignnone" width="800"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika hadir ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Ditemui pemberita, Zannifa Azura berkata kerjasama itu merupakan julung kali diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Jelas beliau, kerjasama tersebut selaras dengan objektif Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan ia berkaitan aspek keterjaminan makanan sekali gus membantu membangunkan komuniti melalui teknologi moden.

“Dengan kerjasama ini, Agrobank akan membantu daripada segi pembiayaan dan memberi latihan serta khidmat nasihat kepada usahawan yang terlibat dalam sektor agromakanan.

“Kita ada merancang beberapa projek menerusi kerjasama ini dan jangka bermula selewatnya awal tahun hadapan. Buat masa ini, kita perlu kenal pasti beberapa perkara terlebih dahulu,” katanya pada majlis di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang di sini hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.