ad
AGENSI

Insentif haji Selangor ditambah baik, bakal sedia khairat kematian

19 Sep 2024, 4:35 AM
Insentif haji Selangor ditambah baik, bakal sedia khairat kematian
Insentif haji Selangor ditambah baik, bakal sedia khairat kematian

SHAH ALAM, 19 SEPT: Pemberian insentif haji muassasah untuk jemaah negeri ini akan ditambah baik bagi meringankan beban kewangan mereka, kata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Menurut Ketua Yayasannya Ahmad Azri Zainal Nor, ia termasuk menyediakan bantuan khairat kematian, dengan faedah perlindungan sehingga RM25,000 jika jemaah meninggal dunia di tanah suci.

“Mengikut rekod Tabung Haji (TH), pelan langganan tahunan untuk khairat kematian antara RM12 hingga RM24 buat jemaah di Selangor. Sebelum ini, kita sediakan kit dalam bentuk ubat-ubatan.

[caption id="attachment_661976" align="alignright" width="409"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemu bual Media Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 6 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Saya fikir menarik untuk memberi nilai tambah bantuan sedia ada melalui khairat kematian, yang akan memanfaatkan waris jika ada jemaah haji meninggal dunia di tanah suci,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, Yayasan MBI akan bekerjasama dengan TH Selangor untuk menangani isu agihan insentif muassasah dengan segera bagi memastikan bantuan diterima tepat pada masanya.

Ahmad Azri mengakui adakalanya agihan mengambil masa, iaitu selepas jemaah pulang dari tanah suci berikutan mereka menerima tawaran lebih lewat dan ia memerlukan proses tambahan kuota.

"Ia memerlukan proses tambahan kuota dan surat tawaran, jadi, kita akan bincang dengan TH Selangor untuk atasi perkara ini. Cadangan awal salurkan terus ke akaun jemaah,” jelasnya.

Selangor memperuntuk RM6 juta bagi inisiatif itu tahun ini, meningkat tiga kali ganda berbanding 2023. Turut dibelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai kos 36 jemaah menunaikan haji secara percuma.

Insentif jemaah turut dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000, selain menerima kit penjagaan diri.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.