ad
SELANGOR

Larian polis dan masyarakat: Jalan sekitar Klang ditutup Ahad ini

18 Sep 2024, 3:00 PM
Larian polis dan masyarakat: Jalan sekitar Klang ditutup Ahad ini

SHAH ALAM, 18 SEPT: Beberapa jalan di Klang dekat sini akan ditutup dan dilencongkan Ahad ini bagi memberikan laluan kepada penganjuran acara larian ‘Selangor Police Integrity Half Marathon’.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penutupan jalan itu akan bermula 4 pagi dan berakhir pada 10 pagi setelah program tamat.

“Sebanyak 31 jalan dan laluan akan ditutup secara berperingkat dan sepenuhnya untuk acara ini yang akan disertai oleh kira-kira 5,000 peserta terdiri daripada warga PDRM Selangor bersama masyarakat.

“Berikutan penutupan ini, laluan alternatif yang boleh digunakan ialah Jalan Tengku Kelana, Lorong Kota Raja 4, Lorong Kota Raja 4, Lorong Kota Raja 6. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikuti arahan polis trafik yang bertugas di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalan dan laluan yang ditutup secara berperingkat ialah Jalan Istana, Jalan Dato Hamzah, Jalan Mohеt, Jalan Tali Air, Jalan Taman Istana, bulatan simpang lima (menghala Jalan Istana), Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (satu Lorong), Jalan Sri Siantan.

Selain itu, Jalan Tun Dr. Ismail, Jalan Damak, Jalan Sungai Jati, Jalan Kampung Jawa, Jalan Kota Raja, Jalan Dato Mohd Sidin, Jalan Landasan, Jalan Kampung Kuantan, Jalan Bukit Kuda, Jalan Batu Tiga Lama, Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Diaudin, Jalan Stesen, Jalan Besar, Jalan Raya Timur dan Jalan Kota Raja turut ditutup secara berperingkat.

Sementara itu jalan yang ditutup sepenuhnya membabitkan Jalan Padang, Jalan Istana, Jalan Limau, Jalan Raja Jumaat, Jalan Stesen 2, Jalan Pegawai dan Jalan Tengku Kelana 2.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.