ad
AGENSI

Jelajah JobCare Gombak tawar 3,000 peluang kerja pelbagai bidang

18 Sep 2024, 12:30 PM

SHAH ALAM, 18 SEPT: Lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare 2024 peringkat daerah Gombak, Sabtu ini.

Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua memaklumkan program di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

“Terbuka kepada semua pencari kerja. Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuk temu duga terbuka, kaunseling kerjaya, pameran agensi, jualan usahawan dan saringan kesihatan percuma.

“Calon perlu membawa resume dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa hari temuduga nanti,” maklumnya di Facebook.

Calon yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/JOBCAREHULULANGAT2024 bagi pemakluman awal pengesahan kehadiran.

Sebelum ini, EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor berlangsung di sembilan daerah.

Empat siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai), Kuala Langat (10 Ogos) dan Hulu Langat (17 Ogos).

Program akan diteruskan di Dewan Hamzah Klang (5 Oktober), Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober).

Daerah lain, Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.