SHAH ALAM, 17 SEPT: Seorang ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dituduh di Mahkamah Putrajaya, esok.
Pertuduhan terhadap suspek lelaki itu dijangka berlangsung pada jam 8 pagi, lapor Sinar Harian.
“Satu kes pertuduhan terhadap seorang lelaki daripada kumpulan GISBH di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan esok (Rabu),” katanya.
GISBH terpalit kontroversi selepas 20 premis membabitkan pusat jagaan dan rumah amal kendaliannya diserbu polis pada 11 September lalu.
Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu yang mengendalikan premis untuk siasatan lanjut.