ad
AGENDA

Suami lapor polis isteri warga asing larikan anak 16 bulan

16 Sep 2024, 1:09 PM
Suami lapor polis isteri warga asing larikan anak 16 bulan

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Polis sedang giat mengesan seorang wanita warga asing yang didakwa telah melarikan anak perempuannya berusia setahun empat bulan daripada suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata semalam polis telah mengesan kenyataan tular di media sosial tertera identifi dan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa diculik.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada suami wanita itu pada 4.23 petang, semalam.

“Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang merupakan seorang warga asing.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu selain tidak memuat naik kenyataan tidak pasti yang boleh menggusarkan masyarakat.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.