ad
AGENSI

Jais perkenal silibus baharu tahfiz, mahu pelajar depani Islamofobia

16 Sep 2024, 9:15 AM
Jais perkenal silibus baharu tahfiz, mahu pelajar depani Islamofobia
Jais perkenal silibus baharu tahfiz, mahu pelajar depani Islamofobia

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperkenal silibus baharu bagi memastikan pelajar tahfiz dilengkapi ilmu seimbang di antara pengajian al-Quran dengan pendidikan lain.

Pengarahnya berkata moderasi kurikulum tahfiz memperkenalkan beberapa silibus baharu bagi mempersiap huffaz dengan cabang ilmu meluas termasuk mendepani Islamofobia.

“Kita memperkenalkan moderasi kurikulum tahfiz, selain beberapa langkah supaya ada silibus baharu yang diangkat supaya pelajar ini tidaklah hanya menghafal al-Quran tetapi tahu apa yang berlaku di sekitar dan ada kebijaksanaan (ilmu lain).

“Tuanku (Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) telah bertitah, Tuanku tak nak belajar al-Quran sahaja tapi tidak faham makna al-Quran, pengajaran dari al-Quran. (Jika tidak) macam mana nak menghadapi Islamofobia?” kata Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau ditemui selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di masjid negeri yang dihadiri Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Baginda berkenan menyampaikan anugerah tokoh Maulidur Rasul 1446 Hijrah Selangor kepada ahli akademik Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Abd Rauf Hassan.

[caption id="attachment_663595" align="alignnone" width="831"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1446H, Prof Madya Dr Abdul Rauf Hassan diperhatikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor 1446/2024 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 16 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata moderasi kurikulum tahfiz dijalankan secara berfasa sebelum dikuatkuasakan secara menyeluruh.

“Kurikulum moderasi tahfiz sudah dibangunkan cuma kita nak pertingkatkan lagi kurikulum. Antaranya bahasa Arab dan pengetahuan am yang dipanggil politik kenegaraan.

“Bila dia tahu negara, kenal negara, tahu arah tuju. Kita membahas tentang negara yang kita sayang. Tidak mahu nanti tanpa (ilmu) politik kenegaraan mereka hilang daya kuasa sebagai sebuah masyarakat akhirnya taksub kepada kumpulan tentu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan pelajar huffaz dipersiapkan dengan ajaran Islam yang sebenar bagi berdepan kelompok islamofobia dan pihak yang menanam kebencian menerusi Islam di negara ini.

Beliau berkata hal ini kerana agama Islam di negara ini berada dalam persimpangan disebabkan kelompok itu yang mencemarkan kesuciannya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.