ad
ADN

Sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia erat hubungan komuniti, ingati Rasulullah

16 Sep 2024, 7:00 AM
Sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia erat hubungan komuniti, ingati Rasulullah
Sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia erat hubungan komuniti, ingati Rasulullah
Sambutan Maulidur Rasul, Hari Malaysia erat hubungan komuniti, ingati Rasulullah

GOMBAK, 16 SEPT: Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Anfaal Saari mengetuai kira-kira 300 peserta perarakan Maulidur Rasul daripada 13 kontinjen bermula dari ruang parkir Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Perarakan sejauh 1.5 kilometer itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Desa Madani Parlimen Selayang Dato’ Hasnal Rezua Marican, badan bukan kerajaan (NGO) dan Umno bahagian Selayang.

Sambutan diserikan dengan laungan kata-kata pujian dan selawat ke atas Rasulullah SAW sepanjang perarakan sebelum kembali ke ruangan parkir Stadium MPS.

[caption id="attachment_663585" align="alignleft" width="500"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berucap ketika program Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia peringkat Parlimen Selayang di Stadium MPS, Gombak pada 16 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Turut diadakan ceramah khas dan pertandingan kontinjen terbaik.

Anfaal ketika ditemui berkata program bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin masyarakat bersama komuniti sambil mengingati Rasulullah SAW.

“Kami ingin mengajak rakyat menghayati semangat patriotik dan kebetulan juga hari ini jatuh 12 Rabiulawal 1446 untuk mengikuti kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai junjungan besar Baginda memberi tauladan tentang perpaduan.

“Saya mengajak warga Taman Templer terutama pimpinan komuniti, ahli majlis, ketua kampung dan Ketua Desa Komuniti Madani untuk bersama-sama menghayati semangat ini,” ujarnya.

[caption id="attachment_663586" align="aligncenter" width="1023"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menerima Jalur Gemilang ketika program Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia peringkat Parlimen Selayang di Stadium MPS, Gombak pada 16 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.