ad
AGENDA

PM nasihat umat Islam terus jadikan Rasulullah teladan yang baik

16 Sep 2024, 5:11 AM
PM nasihat umat Islam terus jadikan Rasulullah teladan yang baik

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai ‘Uswatun Hasanah’ atau teladan yang baik, ketika dunia kini dibadai kemarau contoh dan suri teladan.

Perdana Menteri berkata Rasulullah wajib diberi sorotan penuh perhatian, bukan sahaja dari segi keperibadian baginda, tetapi mencakupi sisi kepimpinan negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model negara bangsa Madinah.

“Cita-cita negara yang Madani tidak lepas dari mengambil ibrah (pengajaran) dan model Piagam Madinah yang dipelopori Baginda, berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan,” katanya dalam catatan di Facebook sempena Maulidur Rasul hari ini.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan tersebut, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan kira-kira 6,000 tetamu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.