ad
AGENDA

PM: Tolak perpecahan, permusuhan, lonjak potensi negara bersama

16 Sep 2024, 4:03 AM
PM: Tolak perpecahan, permusuhan, lonjak potensi negara bersama

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menghayati erti penubuhan Malaysia yang bebas dan merdeka serta menolak perpecahan dan permusuhan sempena sambutan Hari Malaysia, hari ini.

Perdana Menteri dalam catatan di Facebooknya hari ini turut mahu seluruh rakyat Malaysia menjulang kebersamaan bagi melonjakkan potensi dan keupayaan negara pada tahap tertinggi.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia yang diraikan saban tahun harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain menzahirkan kecintaan mendalam terhadap tanah air dalam kalangan rakyat merentasi kaum, agama dan budaya.

"Selama 61 tahun, negara Malaysia yang kita cintai telah terbentuk, dan dalam tempoh itu, pelbagai rintangan yang mematangkan telah berjaya kita tempuhi bersama-sama.

"Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61," kata Anwar.

Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.