ad
AGENDA

Bayi lelaki bertali pusat, berbungkus kain batik ditemui dalam rumah kosong

15 Sep 2024, 9:48 AM
Bayi lelaki bertali pusat, berbungkus kain batik ditemui dalam rumah kosong

KOTA BHARU, 15 SEPT: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan orang ramai dalam keadaan berbungkus kain batik dibuang di sebuah rumah kosong di Lorong Perisai Wira di Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berkaitan penemuan itu pada 9.43 malam dan sepasukan anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui bayi yang berbungkus dengan kain batik.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi lelaki itu mash bertali pusat, berat bayi 2.74 kilogram (kg), berambut hitam, kulit cerah dan tiada tanda-tanda kecederaan trauma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan masih dijalankan bagi mengesan ibu kepada bayi itu.

Menurutnya orang awam mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan kes ini boleh menghubungi balai polis yang terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Iman di talian 011-31460199.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.